Ahad, 5 Oktober 2014

Alhamdulillah Awang Goneng Pengarang buku Growing Up In Terengganu singgah

Selama ini saya mengidamkan untuk bersama di Facebook dengan idola saya dalam penulisan buku iaitu Awang Goneng pengarang buku Growing Up In Terengganu. Alhamdulillah malam ini jam 10 malam abang Awang Goneng, sudi singgah untuk memeriahkan Grup FB ADTP Anak Terengganu di Perantauan.

Saya salin balik perbualan Abang Awang Goneng dengan rakan-rakan ADTP


Anakterengganu Diperantauan
 feeling Alhamdulillah withAwang Goneng
MAKLUMAN 
Alhamdulillah Abang kebanggaan kita di perantuan Awang Goneng telah bersetuju bersama kita selama 30 minit di grup ATDP. Saing2 boleh bertanya kabar beliau malam ni.. Selamat Datang abang
Maklumat tambahan
Judul buku: Growing Up In Trengganu
Penulis: Awang Goneng
Penerbit: Monsoon Books
Harga: AS$15.95
Pengulas: BAHAROM MAHUSIN
WAN Ahmad Hulaimi tinggal di London begitu lama, iaitu lebih separuh daripada usianya yang kini menjangkau 60 tahun. Beliau tiba di England ketika usia remaja untuk belajar di London School of Economics (LSE) pada awal 1970-an.
Hulaimi belajar bidang undang-undang di LSE. Sekembalinya ke Malaysia pada pertengahan tahun 1970-an beliau bekerja sebagai tutor di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebelum bertukar kerjaya menjadi wartawan, mula-mulanya sebagai penulis kanan di The New Straits Times sebelum berkhidmat dengan agensi berita Bernama. Pada tahun 1979 beliau kembali ke London dan sejak itu terus-menerus menjadi penulis yang berpangkalan di sana.
Kehidupan di kota London tidak pernah membuatkan Hulaimi melupakan negeri kelahirannya, Terengganu.
Tiga setengah tahun lalu, pada usia 57 tahun, beliau memulakan blog Kecek-Kecek dalam Internet untuk menceritakan pengalaman masa kecilnya di Terengganu dan keindahan kehidupan di negeri Pantai Timur itu. Penulisannya berasaskan fakta-fakta yang diperoleh daripada memorinya dan hasil penyelidikannya di beberapa perpustakaan dan arkib di London. Nada tulisan- tulisan itu kadangkala begitu nostalgik.
Dalam Kecek-Kecek, Hulaimi menggunakan nama samaran Awang Goneng.
Secara konsisten sejak 2004 Awang Goneng memperkatakan tentang Terengganu, manusia, bahasa dan sosio-budayanya, khususnya pengalaman pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an ketika Awang Goneng membesar di sana.
Dua bulan lalu, kompilasi tulisan Awang Goneng dalam Kecek-Kecek telah dibukukan oleh penerbit dari Singapura, Monsoon Books, dengan judul Growing Up In Trengganu.
Awang Goneng menceritakan bagaimana dia membesar dalam masyarakat Melayu di Terengganu yang tinggal di sebuah negeri menghadap Laut China Selatan dengan bahasa Terengganu menjadi identiti mereka, dan bahasa itu, menurut beliau, memaparkan falsafah shyness yang juga wujud dalam komuniti puak Indian Wintu di Amerika Utara.
Nama Terengganu itu sendiri, menurut Awang Goneng, tidak digunakan oleh penduduk Terengganu. Orang Terengganu memanggil negeri mereka Trengganu. Dalam tradisi keluarga Awang Goneng, mereka memanggil negeri itu Teganung, manakala orang lain memanggilnya Teganu. Ada juga yang sekadar gunakan Ganu atau Gganu.
Untuk blog Kecek-Kecek dan buku Growing Up In Trengganu, Awang Goneng memanggil negerinya Trengganu.
Buku setebal 336 halaman itu bukan sebuah buku sejarah tetapi merupakan koleksi tulisan yang amat tajam pengamatan penulisnya tentang nilai-nilai yang membentuk masyarakat Terengganu.
Awang Goneng memulakan kisahnya dengan cerita ibunya, rumah Terengganu, tikar mengkuang, lempok durian dan nasi dagang. Dari halaman ke halaman pembaca kemudian dibawa oleh Awang Goneng mengenali Terengganu dengan cerita-cerita yang jarang kita dengar mengenai Istana Maziah, Bukit Putri, Pantai Teluk, Batu Buruk, Kuala Terengganu, Besut, Bukit Besi, Kuala Manir, Dungun dan banyak lagi.
Dengan kupasannya yang menarik, Awang Goneng juga memperkenalkan karakterkarakter dari Terengganu yang amat dekat dengan hidupnya daripada ibu, bapa, Ayoh Ngoh Pok We, Wan Salleh, Tok Pelam, Wang Mamat, Wang Mang Perahu Besar, Ah Chin Tukang Jahit, Abdullah AlYunani, Pok Mat Nasi Minyok, Talib Ahmad Turki, Che Mat Dok Dek, Cikgu Wan Chik, Lay Ling, Chee Seek, Dr. Sunder Raj dan berpuluh-puluh lagi nama yang tidak pernah kita dengar dalam buku-buku lain tetapi menjadi personaliti yang menyerikan Growing Up In Trengganu.
Ia diindahkan lagi dengan pantun-pantun lama yang digunakan oleh masyarakat Terengganu, antaranya: Bas kompeni, Jatoh dalam lokang; Kelahi laki bini, Berebut kepala ikang.
Memandangkan artikel-artikel dalam buku Growing Up In Trengganu asalnya adalah catatan Awang Goneng dalam blog Kecek-Kecek, tulisannya pendek-pendek. Artikel berjudul Doh Nok Wak Guane, misalnya, cuma sepanjang empat perenggan yang hanya memenuhi satu halaman. Keseluruhannya terdapat 131 artikel dalam buku ini selain glosari perkataan-perkataan dalam loghat Terengganu.
Beberapa penyesuaian juga dilakukan. Awang Goneng sendiri mengakui bahawa penulisannya dalam Kecek-Kecek dibuat secara tergesa-gesa, asalnya untuk memenuhi hobinya sebagai penulis. Apabila diterbitkan sebagai buku, beberapa pengubahsuaian dilakukan, misalnya dalam cerita bagaimana pahlawan dari Terengganu, Megat Panji Alam, terkorban di Pahang kerana berebut tunangnya, Tun Teja. Megat Panji Alam mati ditikam dari belakang dalam satu pertarungan yang tidak adil.
Versi Internet dan buku agak sedikit berbeza kerana dalam Growing Up In Trengganu tiada rujukan langsung kepada pahlawan dari Melaka bernama Hang Tuah yang membunuh Megat Panji Alam.
Berbeza dengan penulisan buku lain, sebahagian artikel dalam buku ini adalah hasil interaksi Awang Goneng dengan rakan-rakan yang memberi respons kepada tulisannya dalam blog Kecek-Kecek. Salah seorang yang memberi komen kepada blog itu ialah lelaki bernama Long Ladang yang antara lain menceritakan tentang buoh-buoh kerekuk, ppisang, setor, setiar, jambu golok, jambu arang, jambu air, jambu butir banyak mminjar dan terajang.
Menurut Awang Goneng, Long Ladang muncul dalam laman blognya pada bulan April 2005 tetapi apabila Awang Goneng menjemput Long Ladang bertemu dengannya ketika beliau berada di Malaysia, tiada jawapan daripada e-mel Long Ladang. Tidak lama kemudian, daripada seorang pengunjung blog itu yang tidak mahu dikenali, Awang Goneng dimaklumkan bahawa seorang lelaki separuh umur dipanggil Pak Long dari Sedili, Johor telah pun kembali ke rahmatullah.
Di Mekah, Pak Long yang dipercayai Long Ladang menceritakan mengenai penyertaannya dalam laman blog Kecek-Kecek kepada beberapa rakannya ketika mengerjakan umrah.
Awang Goneng menyatakan rasa terharunya kerana tidak berpeluang bertemu dengan Long Ladang. Dia hanya mempunyai gambaran mental mengenai Long Ladang, budak Terengganu yang melalui masa-masa kecil yang begitu menyeronokkan di negeri asalnya.
Melalui bukunya, Awang Goneng alias Wan Ahmad Hulaimi memberikan kita begitu banyak peluang untuk mengenali sosiobudaya Terengganu dan sedikit kesempatan memahami dirinya yang sentiasa nostalgik kepada Terengganu walaupun beliau kini memilih untuk meneruskan hari-hari tuanya di England, yang jauh beribu-ribu batu dari pantai Terengganu yang cantik.
LikeLike ·  · 
  • Anakterengganu Diperantauan Alhamdulillah... jika sesuai saya sanggup terima cabaran itu. Tp dgn bimbingan abang sendiri 
    38 mins · Like · 2
  • Bokbong Madd Ambe tahu pasal kesah abg #Awang Goneng dr salah seorang kawan beliau yh kebetulan kawan saya...dia pernah bercerita pasal abg awang goneng...lama doh jgop..apa pun tahniah #Awang Goneng
    36 mins · Unlike · 1
  • Awang Goneng Sdr Engku Shaharin, raya di London hari Sabtu. Kami ke Malaysian High Commission untuk dolat raya, kemudisn mading mading bersurai, ada ke taman, ada ke rumah kawan2. Saya bernasib baik ada kenalan dan dapat berkumpul di rumahnya sampai petang sambil menjamu selera. Selamat Hari Raya kpd anda semua.
    35 mins · Like · 6
  • Chenta Myopia sy ade dua2 buku Awang Goneng..rase rindu btol mase kecik2 dlu klu bce bku ni wlaupun banyak hok xdang saye rase..mungkin klu ayoh saya pndai bce kok orang putih mesti die pn sengih je manjang klu bace buku2 Awang Goneng.rase mcm buku sejarah pn ade..
    27 mins · Edited · Like · 1
  • Poksoh Hjnong Tq.admin..tahniah ..
    34 mins · Unlike · 2
  • Anakterengganu Diperantauan Ini kelakar.. karya abang Awang Goneng di blog beliau
    Budök budök mmaing wa
    Atah jambatang
    ...See More
    33 mins · Like · 6
  • Bokbong Madd Admin...ambe sokong 100%...satu tugas yg challenging tp worth...
    33 mins · Unlike · 1
  • Anakterengganu Diperantauan Saya tumpang bangga dgn kehadiran abangAwang Goneng. Semuga kesudian singgah di sini akan jd sejarah kpd grup ATDP 
    32 mins · Like · 3
  • Zamrosni Yusof Dlm buku ni, ada dimskkan jg kisah arwah ayah saya Hj Yusof Bala atau Hj Yusof Ladang yg mengajar ngaji n agama kt surau kg pasir yg naik basikal. Dulu saya beli buku ni, dh pindah2 ni, dh tk tahu letaknya..
    31 mins · Unlike · 4
  • Awang Goneng Sdr Bokbong Madd, saya tidaklah bijak sangat. Budak pasar, besar di Pasar Tanjong di kalangan penjual2 bangsa Tamil, budak2 pasar dan kaum nelayan. Bapa saya kerani pejabat pos dan emak saya buta huruf. Yang saya ingin pesankan kepada anak2 muda yg mad...See More
    31 mins · Unlike · 4
  • Awang Goneng Tetima kasih Pak Aning Awang. Saya terharu dengan kata kata Tuan.
    30 mins · Unlike · 3
  • Aning Awang Sama-sama, tuan
    29 mins · Unlike · 2
  • Anakterengganu Diperantauan Sedikit biodata Abang Awang Goneng atau nama sebenarnya WAN Ahmad Hulaimi tinggal di London begitu lama, iaitu lebih separuh daripada usianya yang kini menjangkau 60 tahun. Beliau tiba di England ketika usia remaja untuk belajar di London School of Eco...See More
    29 mins · Like · 2
  • Bokbong Madd Ambe pung...walaupun dok kenal tp melalui sahabat ambe..ambe rase mcm kita kenal beliau walaupun secara luarang...patut majlis protokol istana diberi cadangan agar #Awang Goneng dikurnia darjah Kebesaran negeri
    29 mins · Unlike · 2
  • Zamrosni Yusof Arwah ayah saya ada jg dok sebut nama awang goneng ni anak pd kwn2 dia jg, tp first time tgok muka. Rmhnyg plg besar buat tembaga tu tok sedara saya
    29 mins · Unlike · 2
  • Awang Goneng Sdri Rasmuna Binti Hamzah, di Ipoh mungkin ada di Popular Bookstore?
    28 mins · Unlike · 3
  • Anakterengganu Diperantauan Sambungan
    Awang Goneng memulakan kisahnya dengan cerita ibunya, rumah Terengganu, tikar mengkuang, lempok durian dan nasi dagang. Dari halaman ke halaman pembaca kemudian dibawa oleh Awang Goneng mengenali Terengganu dengan cerita-cerita yang jarang kita dengar mengenai Istana Maziah, Bukit Putri, Pantai Teluk, Batu Buruk, Kuala Terengganu, Besut, Bukit Besi, Kuala Manir, Dungun dan banyak lagi.
    25 mins · Like · 3
  • Awang Goneng Sdri Zamrosni Yusof, siapa tok sdr yg buat tembaga tu? SdrBokbong Madd, terima kasih. Tak perlulah membeti apa apa anugerah kebesaran kpd saya, nanti orang kata gong pulok.
    25 mins · Unlike · 3
  • Bokbong Madd Abang #Awang Goneng...mgkin ambe silap sbb lama jugok doh saing ambe cerita kesah sedara....sahabat ambe nama dia Zulkfili Endut...mgkin sedara masih ingat dia. Terima kasih kerana menjadi kebanggaan teranung.
    25 mins · Like · 1
  • Anakterengganu Diperantauan hahaha lama dok dengor ayat GONG
    24 mins · Like · 3
  • Anakterengganu Diperantauan Tp saya secara peribadi setuju dgn cadangan Bokbong Madd
    24 mins · Like · 2
  • Rasmuna Binti Hamzah Tqvm Awang Goneng... saya akan cari buku tu. .. 😀😀
    24 mins · Unlike · 3
  • Engku Shaharin Ambe generasi 80's.. tp beh baca blog kecek-kecek tu.. tp watok dlm buku tu.. kebanyokang generasi ayoh ambe tau..
    23 mins · Unlike · 3
  • Engku Shaharin Stuju.. anugerah dr istana.. satu dlm berjuta...admin proposed la ke org istana😋
    22 mins · Like · 1
  • Bokbong Madd Orang yg berjasa pd negri dan tanahair patut diberi anugerah semasa hayat masih ada...jangan lepas dia takdok baru nok hargai jasa dia...sbb kita di malaysia ni gitu argh amalan sokmo2...kadang2 negeri.lain wi dulu anugerah...bukan nak gong tp...satu kewajaran bang...
    21 mins · Like · 2
  • Awang Goneng Dulu di KT ada dua perkataan yg hampir maknanya, gong dan agah. Saya rasa gong tu perangai keterlaluan tentang nilai diri, agah tu mungkin hasrat yg belum tercapai tapi dah mula berlagak. Kalau lebih sikit lagi jadi agah bbalong. Barangkali agah yg pakai balong ayam bapak lah tu.
    19 mins · Unlike · 4
  • Awang Goneng Sdr Engku Shaharin, yg sayangnya Kuala Trengganu yg ada sampai ke tahun-tahun 1970an dah mula diroboh, itulah kesedihan saya. Bukan saya anti pembangunan, tapi saya rasa kita mestilah sayangkan warisan yg boleh disimpan.
    17 mins · Unlike · 4
  • Rasmuna Binti Hamzah GONG vs AGAH....
    17 mins · Like · 2
  • Anakterengganu Diperantauan hahaha ye doh tu
    17 mins · Like · 2
  • Engku Shaharin Kadang ade pekataan ganu yg mmg ambe pong dop pahang.. maknanya ada pekataan yg anok muda generasi lening dop paka.. harap dop pupus d telang zamang..
    17 mins · Unlike · 2
  • Anakterengganu Diperantauan stesen bas yg jd ikon terengganu juga kabarnya dah roboh
    17 mins · Like · 3
  • Anakterengganu Diperantauan Sambungan
    Dengan kupasannya yang menarik, Awang Goneng juga memperkenalkan karakterkarakter dari Terengganu yang amat dekat dengan hidupnya daripada ibu, bapa, Ayoh Ngoh Pok We, Wan Salleh, Tok Pelam, Wang Mamat, Wang Mang Perahu Besar, Ah Chin Tukang 
    ...See More
    16 mins · Like · 3
  • Rasmuna Binti Hamzah Steseng bas trg
    15 mins · Unlike · 2
  • Engku Shaharin Betol tu pok.. sedih rasa... pasar payang zaman dlu2.. mmg xdop doh.. ura2 pasar payang lening pon nok rombok... basteng lama pong abih kena sodok.. ermmm..
    15 mins · Unlike · 1
  • Bokbong Madd Masyarakat kita jarang menghargai nilai sejaroh..sedangkan sejaroh tu lah yg kita selalu dengo dr mok ayoh kita...kesah perang jepung ...kesah boh beso air meroh...bangunang sekoloh cina dkt paya bunga pung takdok lame doh...patut kita pelihara / pulihara dan jdkan aset sejaroh
    10 mins · Unlike · 3
  • Awang Goneng Chenta Myopia, terima kasih. Yang paling mengharukan bagi saya semasa melancarkan buku pertama, Growing Up in Trengganu ialah, ramai yang beratur di Kedai Pok loh Yunang untuk saya menandatangani buku mereka. Saya tahu ramai yg tak memahami Bahasa Inggeris. Bila saya tanya mereka kenapa mereka masih mahu membeli buku itu, mereka kata ini ialah simpanan untuk anak cucu.
    14 mins · Unlike · 6
  • Anakterengganu Diperantauan Tadi saya minta dgn abang Wan@ Awang Goneng selama 30 minit.. skrg dah 40 minit berlalu. Terima kasih saya dan rakan2 ucapkan atas kesudian abang bersama kami Kesudian abang amat dihargai.
    9 mins · Like · 3
  • Engku Shaharin Generasi ambe.. dang lagi la maing mcm budok2 zaman 60's, 70's.. sbb ambe besor pada zaman permulaan ledakan tech pda awl 90's.. tp budok lening kalo alik bandor KT ning.. dop brase doh kot..
    9 mins · Unlike · 2
  • Anakterengganu Diperantauan Baca buku Growing Up in Terengganu kita rasa dekat dgn Trengganu.. saya x sempat dptkan tandatangan
    7 mins · Like · 2
  • Awang Goneng Ya saya pun turut sedih melihat stesyen bas lama diroboh. Mungkin ramai yg tak ingat, sebelum pindah ke situ, stesyen bas di Jalan Paya Bunga, berhadapan dgn Pejabat Telegraph, tempat ayah saya bekerja.
    7 mins · Unlike · 4
  • Rasmuna Binti Hamzah Kg ladang... tanjung. .. habih doh identity kg melayu. Pulau duyong pon nk habih gok doh kot. Mok ayoh sy org pulau duyong... dari kecik sy dok naik muto nambang sokmo. Lening x dop sgt doh. ..
    7 mins · Unlike · 2
  • Zamrosni Yusof Cik Awang Goneng namanya Cik Mat Tokey, rasanya dkt rmh cik je tu. Adik beraik dgn Hj Muda Tjg. Anak2 buahnya Cik Teh cantik dgn Cik Tanjung rmh kayu putih 2 tingkat tepi jln. Kwn saya Wan Nasroldin dgn Wan Norehan, rasanya cik kenal, rmh kuning dkt rmh Cik Mat Tokey tu
    11 mins · Unlike · 3
  • Awang Goneng Tetimakasih Sdr Admin. Nama nama tu memang terkenal dikalangan generasi saya. Malah ada ramai anak muda yang pernah mendengenar nama nama itu dari cerita org org tua mereka.
    9 mins · Unlike · 4
  • Zamrosni Yusof Dkt2 situ yg kekal lg x diusik kg saya je Ladang spital. Tjg, Ldg Sekolah, kolam, nesan 4, Tok Lam semua dh hbs. Kg saya pn tgu masa je.. sedih.
    8 mins · Unlike · 4
  • Anakterengganu Diperantauan Sama2 Abang Wan, semuga Allah merahmati perjuangan abang.
    7 mins · Like · 4
  • Bokbong Madd Ambe pun # Anakterengganu Diperantauan..secara peribadi nok ucap t erimakasih banyok ke abang #Awang Goneng.
    1..kerana sudi bersama kita di ATDP
    2. Kerana berjaya mengangkat / memartabatkan loghat teranung ke peringkat antarabangsa..dan sekaligus menjadi kebanggaan rakyat teranung.SYABAS
    6 mins · Unlike · 4
  • Anakterengganu Diperantauan Ini pun nostalgia ... Buku Growing Up In Terengganu wajar diangkat sbg naskah warisan negeri Terengganu
    5 mins · Like · 3
  • Anakterengganu Diperantauan Saya selaku admin grup ini rasa sgt bangga dgn kesudian Abang Wan berkongsi kisah2 lama di grup ATDP
    4 mins · Like · 3
  • Awang Goneng BaiklH Tuan2 dan Puan2 nampaknya masa dah habis. Saya sungguh gembira bersama kalian. Terimakasih Tuan Admin. Maaf kalau saya tak dapat menjawab semua soalan. Lain kzki, knsya Allah. Wassalam.
    2 mins · Unlike · 3
  • Bokbong Madd Terimakasih daung keladi...lapang2 masa tu singgoh2 lah lagi...Wa'alaikumsalam.
    Just now · Unlike · 2
  • Anakterengganu Diperantauan Waalaikumussalam... Alhamdulillah.. tercapai juga hajat saya dgn kesudian Abang Wan @ Awang Goneng singgah di grup kita ini.. HIDUP ANAK TERENGGANU DI PERANTAUAN 
    1 min · Like · 2
  • Zamrosni Yusof Saya pn mengucapkan ribuan terima kasih pd Cik Awang Goneng kerana terselit jg kisah arwah ayah saya dlm citer tu. X sangka ada lg yg mengingati arwah yg meninggal pd 1 ogos 1989. Meleleh airmata saya ketika membacanya. Al Fatihah utk arwah ayahanda dan saya doakan Cik bahagia dan sejahtera di sana di samping beribadat pd Allah
    1 min · Unlike · 3
  • Bokbong Madd Yeah...


Sms/whatapps : 011 3939 1800 Twitter
http://twitter.com/PerantauTrg
Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Group: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1