Pembinaan jambatan baharu yang akan menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan di Sungai Terengganu dijadualkan bermula bulan September.
Pembinaan itu dijangka akan mengubah landskap ekonomi Kuala Terengganu City Centre (KTCC) keseluruhannya.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perancangan strategik memajukan kawasan muara utara Sungai Terengganu akan dilaksanakan sebaik lengkap perancangan di Muara Selatan.
“Jambatan ini turut berperanan sebagai laluan alternatif bagi menyuraikan trafik dari Jambatan Sultan Mahmud dan sebagai laluan terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
“Keunikan rekabentuk ikonik jambatan ini pula pasti menjadi tarikan pelancong yang akan memperkukukan imej Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air yang dinamik dan berdaya maju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Ahmad Razif berkata, projek komersial berkonsep ‘edu-tourism’, ‘health-tourism’ dan sebagainya akan dilaksanakan dengan mengekalkan nilai warisan kesenian Terengganu serta pemuliharaan alam semulajadi.
Selain itu, penekanan pembangunan infrastruktur termasuk penambahbaikan rangkaian jalan raya di Bandaraya Kuala Terengganu akan diusahakan melalui perancangan pembinaan jalan bertingkat di persimpangan yang sesak, pembesaran jalan dan pembinaan jambatan baharu.
Menurutnya, proses pengambilan balik tanah bagi pembinaan Jalan KT-Bypass dijangka selesai pada tahun ini dan projek disasarkan bermula pada April 2015.
“Jalan KT -Bypass akan menjadi jajaran utama jalan menyokong pembangunan di Bandar Baharu Bukit Besar selain dapat melancarkan pergerakan trafik di kawasan sekitar,” katanya.
Manakala, Lebuh Raya pantai Timur 2 (LPT2) pula akan dibuka sepenuhnya pada Disember 2014.
Katanya, pembukaan LPT2 akan menjadi alternatif kepada pengguna untuk perjalanan lebih cepat dan selesa selain menjana ekonomi di Wilayah Pantai Timur khasnya Negeri Terengganu.
Sumber: Teganukita.my
Email: anakterengganudiperantauan@gmail.com
Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg
Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Grup: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1
Cawi Teman Online
Order Makan Online
Kedai Wanita Online
Mobile Phone Gadget
Tiada ulasan:
Catat Ulasan