Jumaat, 12 September 2014

Resepi Keropok Lekor

 

 
Keropok Lekor Losong asalnya dari Kg Losong di Kuala Terengganu. Tetapi sekarang nama keropok losong yang saya tahu telah merebak ke Sabak Bernam, Selangor, ke Teluk Intan, Perak, di Skudai, Johor malah di negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.
 
Saya sempat meninjau dan mempelajari resepi keropok dengan sepupu yang menjual keropok tersebut. Kerokok beliau sedap dan menyelerakan.
 
Ini adalah resepi beliau;

Bahan-bahan Keropok Lekor

  • 1 mangkuk isi ikan kembung/kerisi/selar kuning yg telah siap dibuang kulit dan tulang.
  • 3/4 mangkuk tepung sagu atau campuran tepung kanji, sagu atau gandum
  • 1/2 mangkuk tepung gandum
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit ajinomoto
  • Air secukupnye(anggaran 1/2 cawan)
Cara-cara Memproses Keropok Lekor Terengganu
  • Ikan dibersihkan dan dibuang kepala, ekor, kulit dan tulangnya.
  • Blender isi ikan tadi bersama air, garam dan ajinomoto. Ajinomoto bukan bahan wajib. Ada yg mencampurkan ais untuk melembutkan keropok.
  • Apabila dah sebati, tuangkan bahan di dalam besin dan digaul dengan tepung di atas hingga sebati. Tanda ramuan sudah sebati ialah dengan campuran tadi sudah tidak melekat di tangan.
  • Uli ramuan tersebut menjadi keropok lekor mengikut saiz yang sesuai.
  • Keropok lekor yang telah siap tadi perlu direbus dalam air mendidih secepat mungkin.
  • Masa merebus dalam 10 hingga 15 minit atau sehingga keropok tadi timbul dipermukaan air.
  • Apabila sudah timbul, keropok tersebut sudah boleh ditoskan.
  • Ada yang mengemari keropok rebus tanpa digoreng dan ada yang gemar menggoreng.
  • Selamat mencuba.
 



Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg

Youtube Anak Terengganu Di Perantauan

Grup FB Anak Terengganu Di Perantauan

Anak Terengganu di Perantauan FB

Anak Terengganu Di Perantauan Fan Page

CARI KAWAN

Oder Makan Online 

Shopping Mall Online

Beli Handphone Online 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan