Jumaat, 29 Ogos 2014

Puisi Kepada Mu Kawan


Anak Terengganu Di Perantauan,
Selamat malam semua Anak Ganu.
Andai kawan mudah dicari,
Susah senang jadi kenangan, 
Laju sama kita berlari
Lambat kita berpimpin tangan,.
~~~~~~~□□□~~~~~~
Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan dimalam hari
Apabila minyak sudah kering.
Diakan padam dengan sendiri.
~~
UnlikeUnlike ·  · 

Email: anakterengganudiperantauan@gmail.com
Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg
Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Group: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1

Isnin, 25 Ogos 2014

Sejarah asal usul orang Melayu

 
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
  • Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan)
  • Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
  1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
  3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [1] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
 
Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
 
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
 
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
 
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
  1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
  2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
  3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
  4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Email: anakterengganudiperantauan@gmail.com Sms/whatapps : 011 3939 1800 Twitter http://twitter.com/PerantauTrg Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be Facebook Group: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/ Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1 http://www.affbot1.com/link-e1415e5ae1405e520c565b0200150351515105040b4e151b024550524c070f590153595d475f0302?plan=186 Cari Teman http://clk.omgt3.com/?AID=430181&MID=360104&PID=9764&CID=3787354&CRID=67287&WID=44478 Oder Makan Online http://www.mydeal.com.my/affiliate/scripts/click.php?a_aid=shop2u&a_bid=73d7e620 My Deal http://www.lazada.com.my/shop-mobiles-tablets/#Q2604C45F36ngu Mobile Phone

Ahad, 24 Ogos 2014

Hinanya Malaysia Di Mata Dunia


20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia. Mereka menganggap status Malaysia lebih rendah dari Indonesia kerana mereka merdeka pada 1945 tetapi Malaysia hanya pada 1957, lewat 13 tahun dari mereka.

Sementara itu Pakistan mencapai kemerdekaan 14 Ogos 1947. Malaysia dipandang serong kerana tidak menubuhkan sebuah Negara Islam sebagaimana Pakistan.  Malaysia terpaksa dibantu membuat Perlembagaan Negara kerana kita tidak sepandai orang Pakistan, sehebat orang India pada masa itu. Tentu kita tahu sumbangan B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) dalam Suruhanjaya Reidmerangka Perlembagaan. Apa ni??? Nak MERDEKA pun tak pandai?. Betapa hinanya Malaysia diwaktu itu...  Inilah fakta yang telah termaktub dalam sejarah.

Kini setelah 50 tahun berlalu, Indonesia yang memperlekehkan kita mempunyai hampir 1 juta rakyatnya menumpang mencari rezeki di bumi Malaysia. Pakistan yang mengajar kita membuat Perlembagaan mempunyai hampir 300,000 warga Bangla mencari rezeki di Malaysia, negara yang mereka pandang rendah lebih 50 tahun lalu. (Bangla merujuk kpd rakyat negara Bangladesh yang dulu dikenali sebagai Pakistan Timur.) Dan warga India mamak dan bukan mamak bersepah di kedai makan, kedai gunting di bandar-bandar besar menumpang nikmat pembangunan negara kita. Tidakkah kita nampak?

Alhamdulillah... Semua ini adalah nikmat yang diberikan oleh Allah kepada negara kita, Malaysia Tercinta. SALAM KEMERDEKAAN !!!

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)


Sms/whatapps : 011 3939 1800



Jumaat, 22 Ogos 2014

Jambatan Menghubungkan Muara Seberang Takir Dibina Bulan Depan

 
Pembinaan jambatan baharu yang akan menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan di Sungai Terengganu dijadualkan bermula bulan September.
Pembinaan itu dijangka akan mengubah landskap ekonomi Kuala Terengganu City Centre (KTCC) keseluruhannya.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perancangan strategik memajukan kawasan muara utara Sungai Terengganu akan dilaksanakan sebaik lengkap perancangan di Muara Selatan.
“Jambatan ini turut berperanan sebagai laluan alternatif bagi menyuraikan trafik dari Jambatan Sultan Mahmud dan sebagai laluan terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
“Keunikan rekabentuk ikonik jambatan ini pula pasti menjadi tarikan pelancong yang akan memperkukukan imej Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air yang dinamik dan berdaya maju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Ahmad Razif berkata, projek komersial berkonsep ‘edu-tourism’, ‘health-tourism’ dan sebagainya akan dilaksanakan dengan mengekalkan nilai warisan kesenian Terengganu serta pemuliharaan alam semulajadi.
Selain itu, penekanan pembangunan infrastruktur termasuk penambahbaikan rangkaian jalan raya di Bandaraya Kuala Terengganu akan diusahakan melalui perancangan pembinaan jalan bertingkat di persimpangan yang sesak, pembesaran jalan dan pembinaan jambatan baharu.
Menurutnya, proses pengambilan balik tanah bagi pembinaan Jalan KT-Bypass dijangka selesai pada tahun ini dan projek disasarkan bermula pada April 2015.
“Jalan KT -Bypass akan menjadi jajaran utama jalan menyokong pembangunan di Bandar Baharu Bukit Besar selain dapat melancarkan pergerakan trafik di kawasan sekitar,” katanya.
Manakala, Lebuh Raya pantai Timur 2 (LPT2) pula akan dibuka sepenuhnya pada Disember 2014.
Katanya, pembukaan LPT2 akan menjadi alternatif kepada pengguna untuk perjalanan lebih cepat dan selesa selain menjana ekonomi di Wilayah Pantai Timur khasnya Negeri Terengganu.

Email: anakterengganudiperantauan@gmail.com
Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg
Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Grup: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1

Cawi Teman Online

Order Makan Online 

Kedai Wanita Online

Mobile Phone Gadget

Sejarah Kesultanan Terengganu

 
 
 

Kesultanan Terengganu

  • 1708 - 1733: Tun Zainal Abidin
  • 1733 - 1794: Sultan Mansur I
  • 1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II
  • 1808 - 1830: Sultan Ahmad
  • 1830: Sultan Abdul Rahman
  • 1830 - 1831: Sultan Daud
  • 1831 - 1837: Sultan Mansur II
  • 1837 - 1839: Sultan Muhammad
  • 1839 - 1876: Baginda Omar
  • 1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II
  • 1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;
  • 1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II
  • 1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
  • 1942 - 1945: Tengku Ali
  • 1945 - 1979: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
  • 1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • 1998 - kini: Sultan Mizan Zainal Abidin
Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan Zainal Abidin 1. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.
Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.
Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 tidak lama bersemayam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama).
Sultan Zainal Abidin 1 digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746 - 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus (Yang DiPertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.
Sultan Mansur digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad (1808 - 1830), Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831 - 1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 - 1942).
Menurut Warta Cahaya Timor No.38 bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulong baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.
Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang DiPertuan Muda Tengku Mizan.
Sumber Istana.terengganu.gov.my/


Email: anakterengganudiperantauan@gmail.com
Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Grup: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1

Order Makan Online

Order Makan Lembah Kelang

Shoponline  Handphone dan Gadget 

Peluang Pinjaman Kepada Usahawan Pertanian Anak Terengganu

Peluang petani usaha projek besar
21 Ogos 2014

BESUT - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM500,000 di bawah Dana Usahawan Tani (Duta) untuk membantu petani mengusahakan projek pertanian berskala besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata, pinjaman sehingga RM50,000 seorang itu kini boleh dipohon oleh petani di negeri ini yang berminat mengusahakan projek pertanian.

Menurutnya, pinjaman ditawarkan untuk projek tanaman kontang atau jangka pendek seperti sayur-sayuran termasuk vitato; jagung; ubi kayu dan tembikai atau memelihara kelulut; lebah; kelulut dan penternakan ikan.

“Peruntukan tersebut disalurkan melalui semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini dan pemohon perlu terdiri daripada ahli PPK.

“Jenis projek atau tanaman pemohon tidak ditetapkan, tetapi setiap permohonan itu akan dikaji dan dinilai sebelum pinjaman diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Aidilfitri 2014 di pekarangan pejabat PPK Gerai dekat Jertih, di sini, semalam.

Hadir sama Pemangku Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Kamaruddin Ngah dan Pengurus Besar PPK Gerai, Hasmadi Hassan.

Pada majlis sama Nawi turut menyampaikan zakat pertanian dan bantuan peralatan pertanian kepada ahli PPK Gerai.

Nawi berkata, petani yang berhasrat memajukan bidang pertanian digalakkan membuat permohonan, namun bayaran balik pinjaman akan ditetapkan mengikuti kadar tertentu pada setiap bulan.

“Pinjaman itu dibuka kepada petani sejak awal tahun ini dan borang permohonan boleh diambil di pejabat PPK,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Adun Hulu Besut juga meminta usahawan muda di negeri ini merebut peluang kemudahan pinjaman di bawah Tabung Usahawan Muda yang disediakan Kerajaan Pusat.

Katanya, belia berumur di bawah 40 tahun dan mengusahakan projek di bawah Industri Kecil Sederhana (IKS), digalakkan membuat pinjaman bagi membesarkan perusahaan masing-masing termasuk bidang pertanian.

“Belia yang sedang mengusahakan projek IKS seperti menanam lada, membuat roti atau kek dan projek membuat keropok dan makanan boleh memohon pinjaman yang diperuntukkan sebanyak RM10,000 seorang.

“Peminjam perlu membayar balik sebanyak RM5,000 sahaja daripada jumlah pinjaman tersebut,” katanya.


Email: anakterengganudiperantauan@gmail.com
Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg
Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Grup: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1

Cari Teman Hidup atau Kawan Sembang?
Oder Makan Online 
Shoping Online?
Mobile Phone Gadget Online 

Gambar Bersejarah Stesen Bas Kuala Terengganu

 
Tahu dok mana ni..tahun 80an...
Hehehee
UnlikeUnlike ·  · 

Email: anakterengganudiperantauan@gmail.com
Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg
Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Grup: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1

Cari Teman Hidup atau Rakan?
Oder Makan Online 
Shopping, SPA Online 
Beli Handphone dan Gadget