
KISAH YANG BERMAKNA DAN MENGANDUNGI PENGAJARAN..RM100 RINGGIT....
Aku harap apa yang aku ceritakan ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada semua anak agar tidak menjadi seperti aku yang menangung sesal seumur hidup.Sebagai anak, kita bukan sahaja mesti menjaga kebajikan kedua ibu bapa tetapi hati dan perasaan mereka juga mestilah dijaga, Kalau ada apa-apa yang mereka minta, janganlah sekali-kali kita menghampakan. Kalu tidak boleh tunaikan sepenuhnya, memadailah separuh, lagipun apa yang mereka minta tidak sampai membebankan kita kerana sebagai ibu bapa mereka tahu keupayaan kita.Susah sangatkah kita untuk memenuhi permintaan mereka dibandingkan dengan pergorbanan yang telah mereka lakukan selama hidup kita ?
Inilah cerita sesal yang ingin kukongsi bersama. Aku lima beradik dan kesemuanya telah berumah tangga. Kami semua bekerja makan gaji dan tinggal dalam negeri selangor. Secara kebetulan, kami adik -beradik tinggal agak berdekatan, aku di shah alam, kakak sulong di puchong, yang kedua di klang dan dua adik aku di kelana jaya. Tinggalah ayah dan ibu di kampung, namun begitu ayah dan ibu selalu datang menziarahi kami setiap dua bulan sekali. Ayah dan ibu akan membuat jadual pusingan dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan rumah aku adelah yang terakhir. Selalunya ayah dan ibu akan bermalam sekurang-kurangnya tiga atau empat malam sebelum berpindah ke rumah saudara yang lain dan kemudian balik kampung dan akan datang lagi dua bulan kemudian. Begitulah jadual ziarah ayah dan ibu.
Selepas bermalam di rumah adik beradik yang lain, ayah dan ibu akan ke rumah aku sebelum balike kampung. Petang itu, sekembalinya aku dari tempat kerja dan belum sempat menyalin pakaian ataupun meneguk menghilangkan dahaga, ayah meminta RM100.
"Ayah nak buat apa dengan RM100 tu?Bukan ke tiap-tiap bulan semua anak ayah dah beri belanja kepada ayah? takkan tak cukup kot!Lagipun ayah kan duduk rumah anak-anak ayah, semuanya dah disediakan, " leterku panjang lebar, tidak puas hati.
Ayah tidak menjawab sebaliknya mengulangi permintaan meminta RM100 daripadaku .
"Ayah ni tak fahamlah! Epoi (nama panggilan ku) tanya ayah nak buat apa dengan duit itu? Lagi satu, kalau iya pun mustahak sangat, tunggulah saya minum dulu ke,salin pakaian dulu ke,ini tidak....macam budak-budak kecil! " suara aku sedikit meninggi sebelum berlalu ke bilik tanpa memberi jawapan kepada permintaa ayah.
Malam itu, selepas solat maghrib ketika makan malam ayah bersuara lagi, " Kalau epoi tak nak beri ayah RM100 ringgit, Epoi hantar ayah balik. "
" Kan ayah baru sampai. Baru semalam di rumah ni dah nak balik. Lagipun selalunya ayah kan balik naik bas bukannya jauh sangat kampung dengan rumah ini, lebih kurang 2 jam perjalanan aje.Kenapa dengan ayah ni...meragam semacam pulak!leterku di meja makan.
Ayah diam tidak menjawan walau sepatah pun. Selepas makan, sekali lagi ayah minta aku hantarkan dia dan ibu balik kampung.Meredakan keadaan, aku bertanya ayah bila nak balik? ayah jawab esok.
Aduh...serabutnya aku!kenapalah ayah macam ini, selalunya tidak.Setahu aku, ayah tidak banyak ragam. Adakah dia merajuk kerana aku tidak menunaikan permintaan petang tadi?
Malamnya, setelah berbincang dengan isteri, kami mengambil keputusan mengambil cuit untuk menghantar ayah dan ibu balik ke kampung selepas subuh esok.
Dalam perjalanan ayah tidak banyak bercakap, sepatah ditanya sepatah dijawabnya.Ayah juga tidak banyak bergurau dengan anak-anak aku.Aku tidak pasti samada ayah marah atau merajuk.
Ketika berhenti sarapan, ayah tidak makan, alasannya tidak lalu.Ayah hanya minum, itupun sekadar air kosong. Aku diam tidak berkata apa-apa kerana tidak mahu melukakan hati ayah lagi.
Setelah dua jam perjalanan, kami akhirnya sampai di kampung pada jam 10.00 pagi. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di laman, aku lihat wajah ayah begitu berseri-seri.Ayah jadi ceria sambil mempelawa kami anak beranak naik ke rumah. Aku betul-betul pelik dengan perubahan sikap ayah.
Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga bersiap-siap untuk balik ke shah alam.Ayah sibuk membekalkan ubi kayu.pisang dan sedikit sayur kampung yang ditanamnya. "Yang ni hantar kat kakak dan adik-beradik kamu. Jangan lupa taw!Manalah tahu...ini pemberian ayah yang terakhir,"
Seperti biasa,sebelum balik aku dan isteri bersalam sambil mencium tangan dan pipi kedua mereka. Ayah berpesan " Jangan laju-laju.Lusa jangan lupa balik lagi tau. "Pesan ayah separuh mengharap.
Aku menyampuk, "Kan ni dah balik, kenapa pulak suruh balik lusa lagi,"
"Lusa kan hari sabtu dan ahad pula cuti, apalah salahnya kamu balik lagi"
Aku diam tidak berkata apa-apa,malas hendak layan,nanti lain pula jadinya. Selepas bersalam, kami bertolak balik ke shah alam dan di dalam perjalanan isteri berkata "Lain pula perangai ayah kali ini, selalunya ayah tak macam itu, kenapa iya, bang?"
"Alah..orang tua, biasalah tu, sesekali nak bermanja, macam anak-anak juga, sekali-sekala merengek.Dahla tu, abang kenallah ayah abang itu...kalaupun dia bising tapi hatinya baik."
" Abang beri tak RM100 RINGGIT ayah mintak tu?''
"Alamak lupanya abang, dalam duk sibuk-sibuk tadi langsung tak ingat "
Terkilan juga hati kecil aku kerana tidak menunaikan permintaan ayah dan ayah pula tidak meminta daripada aku lagi. Tidak apalah, cukup bulan nanti aku masukkan dalam akaun ayah lebih RM100 ringgit. Sebelum balik, aku singgah di rumah adik-beradik menghantar kiriman yang ayah suruh sampaikan.
Hari jumaat selepas solat, aku ke kantin untuk makan tengah hari dan sebelum sempat makan suapan yang pertama, telefon bimbit aku berbunyi-panggilan daripada kakak.
Aku terkejut bagaikan petir menyambar, aku bertanya sekali lagi, semoga apa yang diberitahu itu satu kesilapan.
" Kita balik Epoi....Ayah dah tak ada..."'
Aku menangis dihadapan kawan-kawanku.Baru kelmarin, aku menghantar ayah aku balik dan sekarang dia pergi untuk selama-lamanya .Aku tidak percaya, kelmarin ayah sihat walafiat dan begitu ceria menyediakan kiriman untuk kami adik-beradik.
Aku tidak banyak bercakap, sambil memandu sambil aku membaca ayat-ayat suci untuk ayah, cuma sekali sekala apa yang ayah katakan bermain di kotak pemikiran aku. "Lusa jangan lupa balik, mana tahu ini pemberian terakhir ayah..." kata-kata itu silih berganti terngiang-ngiang di telingaku.
Air mata aku tumpah dan yang paling aku sesal bila mana permintaan ayah tidak dipenuhi sedangkan aku bukannya tidak berduit.Lagipun RM100 RINGGIT bukanlah besar sangat pun sedangkan selama ini ayah pernah minta lebih daripada itu.Apabila mengenangkansemua itu,air mata aku mencurah bagaikan paip pecah.Isteri terpaksa menenangkan aku.Aku menyesal, anak apa aku ini, RM100 RINGGIT pun berkira, kenapa aku tidak faham isyarat yang ayah berikan, kenapalah aku begitu bodoh?
Air mata darah sekalipun aku keluarkan, ayah tidak mungkin hidup kembali.Walau seribu sesalan yang aku tanggung, namun kenyataan nya adalah aku anak yang tidak bertanggungjawab, menghampakan harapan seorang ayah yang sanggup berkorban nyawa semata-mata demi membesarkan kami adik- beradik.Aku kedekut dengan ayah aku sendiri sedangkan ayah begitu berhti mulia, tidak pernah menghampakan permintaan ku walaupun sudah tidak berupaya.
Aku menjerit dalam kereta, meminta ampun daripada ayah,namun..
Isteri aku lagi sekali memainkan peranannya, "JANGAN IKUT PERASAAN,INI SUDAH HUKUM TUHAN"
Sampai dirumah, jasad ayah terbujur kaku di ruang tamu.Aku menyelak kain penutup muka ayah wajahnya manis, tersenyum seperti tidur.Sekali lagi aku menangis, tanpa mempedulikan jiran sekeliling.Seluruh ahli keluarga terpaksa menenagkanku.Sesungguhnya, aku menangis bukan kerana pemergian ayah kerana aku tahu tidak seorang pun di dunia ini yang dapat menghalang apabila tibanya saat kematian,tetapi apa yang dikesalkan...aku tidak memenuhi permintaan terakhir ayah...RM100 RINGGIT pun aku tidak beri
Selepas jenazah ayah dikebumikan, petang itu seluruh ahli keluarga berkumpul.Ibu memberitahu bahawa ayah berpesan agar aku sedekahkan ke masjid dengan wang RM100 RINGGIT yang dia minta. Aku terkejut mendengar apa yang ibu katakan dan sekali lagi aku menangis.Rupa-rupanya ayah minta duit itu ada gunanya. patutlah apabila aku bertanya untuk apa,ayah hanya diam sahaja.
Sambung ibu, "Duit yang kamu masukkan tiap-tiap bulan tidak digunakan.Wang pencen dia cukup makan mak ayah kamu.Cuma dia mahu Epoi yang sedekah duit itu ke masjid."
Oh ayah....kenapa ayah tidak berterus terang? Epoi minta ampun ayah..maafkan Epoi...Epoi Bersalah,.
Cerita ayah minta RM100 RINGGIT tidak sesiapa pun yang tahu,hanya aku, ibu dan isteri .Dan demi memenuhi amanat ayah aku menunaikannya. Walaupun begitu, aku sesal selamanya kerana sombong dengan ayah sendiri. Walaupun aku menyedekahkan duit itu ke masjid, tetapi tidak sama kalau aku serahkan sendiri duit itu kepada ayah aku, ayah yang terlalu berjasa dalam hidup ini..
Dan...bermula dari tarikh kematian ayah itu, aku tidak pernah berkira lagi dalam amalan sedekah jariah.Namun, pemyesalan kerana kealpaanku sebagai seorang anak itu akan terus abadi dan tersemat kukuh dalam sanubari ini...wallahualam...
share kan kisah ini jika bermanfaat....
by shark
by shark
Sms/whatapps : 011 3939 1800
Twitter http://twitter.com/PerantauTrg
Youtube http://www.youtube.com/watch?v=ue1TCW-BK4c&feature=youtu.be
Facebook Group: http://www.facebook.com/groups/anakterengganudiperantauan/
Facebook http://www.facebook.com/anakterengganudiperantauan1